Kelas eUsahawan bersama MDEC

4 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti dengan kerjasama MDEC telah mengadakan Kelas eUsahawan bersama komuniti setempat. Objektif utama kelas tersebut adalah memberi pendedahan dan memurnikan inspirasi keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menjana pendapatan lumayan menerusi platform digital.

Pada masa yang sama, para peserta juga berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam menerokai ilmu perniagaan secara atas talian. Kelas tersebut diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama enam jam. Kelas ini dikendalikan oleh Puan Liza Ak Ijam, pelatih bertauliah dari MDEC. Seramai lima orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PI telah turut serta.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali